Pembekal Meja Workstation Pejabat

Meja Workstation Pejabat

Meja Workstation pejabat mempunyai pelbagai nama panggilan yang lebih kurang sama iaitu meja partition pejabat, dinding meja pejabat, penghadang meja pejabat, ruang kerja pejabat dan lain-lain lagi. Apa pun namanya ia sentiasa merujuk kepada produk yang sama. 

Harga workstation pejabat adalah bergantung kepada material yang digunakan. Contohnya workstation pejabat yang mempunyai material daripada material kaki meja besi adalah lebih mahal dari yang biasa digunakan.

Pemilihan meja workstation pejabat yang betul dan tepat sangat penting untuk menghasilkan produktiviti yang baik untuk sesebuah syarikat. Ia akan membuat kerja kakitangan syarikat lebih lancar, meminimakan stress bekerja, dan membuatkan rasa ‘mood suka bekerja’ semasa menjalankan tugas harian. Pemilihan meja partition pejabat yang bagus bukan sahaja memberi gambaran imej yang baik untuk sesuatu organisasi malah ia akan mewujudkan ‘rasa cinta’ apabila ke pejabat setiap hari. Samada anda bercadang membuka pejabat yang baru ATAU ingin menggantikan meja workstation pejabat yang lama, kami ada beberapa tips yang boleh dijadikan untuk anda.


KENAL PASTI BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN MEJA WORKSTATION ANDA:-

Jika Meja Workstation sering Digunakan Untuk Kebanyakkan Kerja Berkomputer / Pereka Grafik :

1) Pilih meja workstation pejabat yang direka khusus untuk penggunaan komputer. Meja workstation pejabat yang bagus untuk penggunaan komputer yang kerap, biasanya mempunyai ruang atau petak untuk menahan CPU di bawahnya. Pastikan juga ianya lengkap dengan lubang pendawaian atau saluran pendawaian untuk sambungan elektrik. Ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia adalah faktor keselamatan untuk pekerja. Sangat perlu untuk kita menyusun wayar elektrik daripada ‘berselirat/ bersepah’ atau berbahaya untuk pengguna. 


2) Jika Meja Workstation Pejabat Sering Digunakan Untuk Membuat Kertas Kerja / Tender :

Pilih meja meja workstation pejabat yang mempunyai permukaan yang membolehkan anda menampung helaian kertas yang banyak, buku-buku yang besar, atau alatulis yang penting. Size meja pejabat yang  dicadangkan ialah meja sekurang-kurangnya 6 kaki lebar dan berbentuk L shape. Anda juga boleh mempertimbangkan meja workstation pejabat yang mempunyai meja sisi atau kabinet yang bercantum dengan meja.


3) Jika Meja Workstation Pejabat sering digunakan untuk akviti pertemuan dan perbincangan :

Pertimbangkan meja workstation pejabat berbentuk "L" untuk membolehkan kerja dan ruang pertemuan. Jika meja workstation pejabat anda sering digunakan untuk aktviti pertemuan dan perbincangan, meja L shape adalah pilihan yang terbaik.


+ FUZI DREAM berpengalaman membekalkan banyak meja workstation / partition pejabat di seluruh Malaysia. Team syarikat kami boleh membuat lawatan ke tempat pelanggan dan boleh memberikan lakaran & pandangan untuk memilih meja workstation yang sesuai mengikut bajet dan keluasan ruang di tempat tersebut. 


meja-workstation-pejabat

workstation-pejabat-murah

meja-pejabat-workstation-selesa


Workstation pejabat sesuai untuk gandaan 4 orang kakitangan / staff. Workstation ini mempunyai cermin pemisah di hadapan setinggi 1 kaki juga lengkap dengan laci untuk setiap kakitangan. Tiang/kaki meja workstation pejabat ini diperbuat daripada besi untuk memastikan meja sentiasa berada dalam kedaan kukuh dan stabil. Cermin pada meja workstation ini berketebalan 6mm.
____________________________________________________

workstation-pejabat-partition

partition-pejabat-murah

Workstation pejabat sesuai untuk gandaan 6 orang kakitangan / staff. Meja Workstation ini mempunyai cermin pemisah berketebalan 6mm di hadapan setinggi 1 kaki juga lengkap dengan laci untuk setiap kakitangan. Tiang/kaki meja workstation pejabat ini diperbuat daripada besi untuk memastikan meja sentiasa berada dalam kedaan kukuh dan stabil. Kami telah membuatkan anggaran ruang size yang diperlukan untuk meletakkan keseluruhan set workstation pejabat ini. Tuan/Puan boleh rujuk pada gambar rajah diatas.


____________________________________________________

<<<<<>>>>>


____________________________________________________




NAK TAHU LEBIH LANJUT? KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA. 

KLIK LINK WHATSAPP DI BAWAH UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN KAMI:-


wasap.my/60196886882/FuziDream

wasap.my/60196886882/FuziDream

wasap.my/60196886882/FuziDream



Radiah Bt Ahmad

012-346 1163

Pengurus Jualan

FUZI DREAM FURNITURE INDUSTRIES SDN BHD


Alamat Kilang Tilam Kami:-


Lot 4 Jalan Perusahaan 4

PKNS Industrial Area

48000 Rawang

Selangor


Alamat Kilang Perabot Besi:-


Lot 6 Jalan Perusahaan 4

PKNS Industrial Area

48000 Rawang

Selangorr


Layari Website Kami di:-


www.fuzidream.com

www.pembekaltilam.com

www.perabotpejabat.com

www.perabotsekolah.com








Comments

Best Seller

PLASTIK TILAM UNTUK KEGUNAAN TILAM SINGLE TILAM BUJANG

Pembekal Tilam Asrama High Resilient Foam

Katil Queen (Queen Bed Frame) & Katil Kelamin