Tips Pemilihan Perabot Pejabat

Seperti yang kita akui, kakitangan pejabat akan menghabiskan berjam-jam sehari di pejabat. Penat, mengantuk, lenguh tulang, lenguh tangan dan kebas kaki adalah aduan yang biasa mereka luahkan.
Apapun alasan di atas, memilih perabot yang betul adalah sama pentingnya dengan memilih jenis pejabat yang betul. Ia bukan sahaja menyumbang kepada keselesaan, ia juga memberi kesan kepada produktiviti kakitangan syarikat. Akan lahirnya 'rasa cinta' untuk datang ke pejabat setiap hari.
Sama ada anda hendak menubuhkan ruang pejabat korporat profesional atau pejabat rumah kecil, terdapat pertimbangan tertentu untuk menyediakan perabot pejabat yang betul untuk menjaga keadaan mental dan fizikal kakitangan pejabat.

Kami kongsikan 4 TIPS yang perlu anda ingat;
TIPS 1 :-
BUAT SENARAI ASAS KEPERLUAN PEJABAT ANDA DAHULU
Sebelum kita mula memikirkan perabot pejabat apa yang perlu dibeli, buatlah dulu senarai terperinci barangan asas yang penting dalam sesebuah pejabat. Barangan asas ini adalah seperti komputer, faks, pencetak, telefon, storan fail, dan sebagainya.
Langkah selepas ini, tanya soalan-soalan ini kepada diri kita:
• Bagaimana kita hendak menyusun barangan asas ini?
• Apa jenis perabot yang perlu kita ada untuk menyusun barangan ini?
• Perlukah rak untuk menyimpan dokumen?
• Berapakah bajet yang kita ada?
Keperluan perabot sesebuah syarikat berbeza mengikut jenis perniagaan. Sebagai contoh, jika anda seorang artis grafik, anda mungkin memerlukan ruang untuk komputer dan meja yang lebih besar, atau ruang kerja yang lebih untuk karya seni anda. Jika anda seorang perunding, anda mungkin memerlukan ruang tambahan untuk mengunci kabinet fail untuk melindungi dokumen penting dan sensitif, dan juga sudut untuk bertemu dengan pelanggan. Sila kaji sedalamnya jenis penggunaan kita.

TIPS 2 :-
PILIH FLEKSIBILITI & PERABOT 'MULTIFUNCTION'
Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah fleksibiliti dan fungsi perabot. Perabot yang mempunyai pelbagai fungsi selalu menjadi pilihan yang lebih baik.
Adakah meja anda mempunyai simpanan untuk fail-fail penting? Bolehkah anda meregangkan kaki anda di bawah meja anda? Adakah kakitangan yang berada di pejabat cukup selesa untuk bekerja? Jika jawapan anda adalah ya, maka anda telah membuat pelaburan bijak bersama kami.
TIPS 3 :-
TENTUKAN SAIZ & RUANG DENGAN TEPAT
Adalah perkara yang asas untuk membeli saiz perabot mengikut saiz keluasan pejabat kita. Membeli perabot 'oversize' akan menjadikan ruang pejabat kita lebih sempit dan akan berlaku kesukaran untuk bergerak dengan bebas.
Jika ruangan pejabat kita terhad, pilihlah perabot 'multifunction' seperti yang diterangkan dalam TIPS 2.

TIPS 4 :-
PILIH PERABOT YANG MENCERMINKAN GAYA & IDENTITI SYARIKAT ANDA
Kini anda menjadi kreatif. Pilih perabot yang mencerminkan gaya anda. Adakah anda mencari sesuatu yang tradisional atau kontemporari? Perabot kayu mempunyai suasana yang lebih tradisional, sementara kepingan keluli dan kaca lebih moden dan industri.
ATAU, untuk persekitaran mengikut arus-semasa, pertimbangkan gabungan bahan-bahan ini.
Siapakah FUZI DREAM?
FUZI DREAM FURNITURE INDUSTRIES SDN BHD ialah pembekal perabot bumiputera Selangor & KL #No.1 yang sangat berpengalaman sejak tahun 1991. Kami mempunyai kepakaran dalam menghasilkan banyak perabot 'custom made' dan kami mempunyai kilang Tilam & Kilang Perabot Besi di Rawang, Selangor.
_________________________________________________________
SEBAB FUZI DREAM MENJADI PILIHAN RAMAI PENGGUNA
_________________________________________________________
{1} - Design yang sangat up to date dan moden
{2} - Dihasilkan dari bahan yang berkualiti tinggi
{3} - Sesuai untuk pelbagai jenis ruangan pejabat sama ada saiz kecil ataupun besar
{4} - Datang dengan beberapa pilihan warna yang menarik
{5} - Pentingkan isu keselesaan semasa berkerja
{6} - Turut mengambil kira isu privasi tanpa gangguan dalam berkerja
{7} - Memiliki pelbagai ciri kemudahan seperti kunci laci, roda bergerak dan sebagainya
{8} - Didatangkan dengan pelbagai pilihan mengikut jumlah kakitangan
{9} - Menawarkan harga yang sangat berbaloi dan berpatutan
{10}- Sesuai untuk apa juga sektor sama ada kerajaan mahupun swasta
Pembelian dengan kami sangat berbaloi dan anda akan dibekalkan barang yang berkualiti tinggi. Tiada alasan lagi untuk tidak memilih Fuzi Dream Furniture Industries Sdn Bhd sebagai workstation supplier anda 👍
Comments
Post a Comment