Panduan Pemilihan Meja Kantin

 Pembekal Meja Kantin

(100% dari Kilang Fuzi Dream)


MEJA KANTIN SEKOLAH YANG SESUAI DIPILIH

Kantin merupakan sebuah ruang yang dikhaskan di dalam sekolah sebagai kawasan untuk pelajar, staf dan guru-guru sekolah berehat sambil menikmati makanan dan minuman. Oleh itu, pengurus kantin haruslah menyediakan suatu prasana dan kemudahan yang mencukupi untuk memberikan keselesaan kepada para penggunanya. Salah satu perkara dan peralatan yang harus dititik beratkan adalah meja kantin sekolah.

Umum kita ketahui, meja kantin sekolah adalah suatu perabot yang penting kerana ianya digunakan oleh sesiapa sahaja untuk makan dan minum dengan selesa. Oleh itu adalah penting untuk seseorang pengusaha kantin mengetahui apakah ciri-ciri meja kantin sekolah yang terbaik.

Pertama, sebuah meja kantin sekolah seharusnya mampu untuk menampung sehingga enam orang. Ia secara tidak langsung menjimatkan ruangan di dalam kantin itu dan sekaligus memberikan lebih kapasiti untuk pelajar-pelajar menggunakan kemudahan tersebut. Secara amnya, sebuah pelajar sekolah mampu mencapai sehingga 600 orang termasuk guru dan staf sokongan. Oleh itu adalah perlu untuk memilih meja kantin sekolah yang boleh menampung lebih ramai orang untuk kemudahan dan keselesaan semua.


tips-pilih-meja-kantin

Yang kedua, contoh meja kantin yang baik adalah meja yang mempunyai bangku kayu panjang dimana ianya senang untuk diuruskan dan tidak mudah hilang. Sekiranya pihak kantin menggunakan kerusi plastik, ia mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk hilang kerana kerusi plastik tersebut ringan dan mudah dibawa (jadi, jika menggunakan kerusi plastik, pastikan ianya mudah dilihat atau ada penjaga kantin berdekatan). Jika pihak kantin menggunakan bangku kayu, peratus untuk berlakunya kes kehilangan adalah rendah. Walaupun anda telah memilih bangku kayu, perlu diingatkan antara faktor lain yang perlu dilihat adalah saiz bangku kayu itu sendiri. Saiz yang tepat untuk bangku kayu tersebut adalah sedikit pendek dari meja kantin sekolah itu. Ianya perlu supaya bangku kayu tersebut boleh disimpan dengan menolak ke bawah meja demi kekemasan kantin sekolah tersebut.


pembekal-meja-kantin-sekolah

Harga meja kantin biasanya dari lingkungan RM 850 sehingga RM 1200. Harga tersebut dipengaruhi dari aspek reka bentuk, material, dan juga jenama. Namun, semakin mahal harga sesebuah meja kantin tidaklah bermaksud lebih berkualiti. Terdapat juga harga meja kantin yang murah namun menjanjikan kualiti yang tinggi dan berbaloi.


pembekal-meja-kantin-murah



Di FUZI DREAM, kami menawarkan pelbagai jenis meja kantin yang boleh dipilih dan digunakan. Sama ada untuk kegunaan sekolah atau kilang, anda boleh lihat dan pilih dahulu yang mana sesuai dengan keperluan anda. Sila layari laman web kami ini untuk maklumat lanjut : (Meja Kantin)

Kesimpulannya, memilih sesebuah meja kantin sekolah juga perlu satu proses perancangan yang teratur kerana biasanya pihak kantin akan membeli dalam bentuk pukal. Sekiranya tidak menepati dengan keperluan, ia akan menyebabkan kos yang dikeluarkan itu tidak dapat memenuhi keselesaan penggunanya.






NAK TAHU LEBIH LANJUT? KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA. 

KLIK LINK WHATSAPP DI BAWAH UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN KAMI:-


wasap.my/60196886882/FuziDream

wasap.my/60196886882/FuziDream

wasap.my/60196886882/FuziDream



Radiah Bt Ahmad

012-346 1163

Pengurus Jualan

FUZI DREAM FURNITURE INDUSTRIES SDN BHD


Alamat Kilang Tilam Kami:-


Lot 4 Jalan Perusahaan 4

PKNS Industrial Area

48000 Rawang

Selangor


Alamat Kilang Perabot Besi:-


Lot 6 Jalan Perusahaan 4

PKNS Industrial Area

48000 Rawang

Selangor


Layari Website Kami di:-


www.fuzidream.com

www.pembekaltilam.com

www.perabotpejabat.com

www.perabotsekolah.com

Comments

Best Seller

PLASTIK TILAM UNTUK KEGUNAAN TILAM SINGLE TILAM BUJANG

Pembekal Tilam Asrama High Resilient Foam

Katil Queen (Queen Bed Frame) & Katil Kelamin